Fiverr Revenue Card

Bermula pada awal Januari 2013, seller di fiverr kini mempunyai satu lagi pilihan untuk mengeluarkan pendapatan dari jualan gig mereka menggunakan Fiverr Revenue Card. Pilihan ini merupakan alternatif bagi mereka yang tidak mempunyai akaun paypal.

Jom kita tengok serba sedikit tentang Fiverr Revenue Card ini:

1. Dari apa yang dijelaskan oleh fiverr, revenue card ini hasil kerjasama antara fiverr dan payoneer - iaitu pengendali pembayaran dalam talian dengan sokongan penuh daripada mastercard.

2. Terdapat beberapa fee atau caj yang dikenakan semasa menggunkan fiverr revenue card ini. Antara yang perlu diperhatikan ialah card activation fee, loading fee (sama ada loading pantas - 2 jam atau loading standard - 2 hari), card maintenance fee dan tidak lupa juga transaksi ATM - widthrawal, balance enquiry, reject transaction dan sebagainya. Pendek kata - alahai..banyaknya fee... 


Mengikut fiverr - kesemua fee ini adalah caj ekslusif dari mastercard kepada seller di fiverr. Fiverr tidak mengenakan sebarang caj lain untuk pengeluaran melalui Fiverr Revenue Card ini.


Namun, dari apa yang dipaparkan di dalam table fee diatas - nampak gayanya lebih banyak caj yang perlu dibayar oleh seller jika menggunakan card ini berbanding paypal. Walaupun fiverr revenue card adalah alternative bagi seller yang sukar mendapatkan akaun paypal, namun pada pandangan aku - mengeluarkan pendapatan fiverr korang menggunakan paypal adalah lebih baik, mudah dan pantas. Caj yang dikenakan untuk pengeluaran ke paypal jugak tidak lah banyak sangat. Dan korang boleh trade paypal ke RM dengan pantas dengan menawarkan jualan paypal di forum-forum tempatan seperti di wangcyber.com atau carigold.com